Friday, March 2, 2012

BILA MAKWE KORUNK MERAJUK?

Bila makwe korunk balas mesej acuh tak acuh :

Ini kiranya tak sampai tahap gaban lagi tahap tak serius sangatlah nih…dia tetap balas mesej yang korunk hantar TAPI…DIA MERAJUK. Mcm mana tue? korunk kena perasan melalui bahasa yang digunakan dan cara dia membalas mesej. Mungkin dulu makwe korunk ni kalau balas mesej mak aiiii!! Dah boleh buat karangan STPM. Tak boleh nak rumuskan dah. Dulu kalau korunk anta mesej tnya

‘ syg dah makan?’

‘ dah. Semalam lagi dah makan. Makan nasi putih, jering dengan sambal belacan jer! Abg dah makan? Dah mandi? Chat? Tgh buat apa? Besok lusa dengan tulat nak buat apa plak?”

haaaaaaaaaaaa lebih kurang macam tu laaa erkk kalau tak merajuk..tapi kalau merajuk…kalau korunk tanya

‘ syg dah makan?’ jawabnya

‘ dah.’

‘ syg tgh bt apa?’ jawabnya lagi

‘ tak bt per’.

SAH! MESTI ada yang tak kena! tengah merajuk/marah/badmood ataupun ada pakwe lain! Kahkahakahakahakah

Bila makwe korunk langsung tak balas mesej tak angkat kol dan sebagainya :

Tengok jugaklah erk keadaanya. Kalau dia tengah ada dalam jamban dia tak angkat kol or mesej janganlah korunk kata dia merajuk plak. Sia-sia je pujuk! Ingat pujuk perempuan ni senang? Dahlah nak kata2 sakti bagai. Beberapa puloh minit lepas tu kol la balik tengok apa jadi. Takut2 gak makwe korunk merajuk sampai buat keputusan untuk cek in jamban satu malam kan? Jadi paper pun tnyalah mkwe korunk. Apa hal kau tak angkat kol aku?! Hahahhaha memang cari nahas la kalau tanya macam tu. Huhuhuhuhu takkan lah makwe sendiri merajuk korunk tak tau? Sah2 lah korunk yang buat dorang merajuk!

Bila makwe korunk cakap ‘ SAYA TENGAH MERAJUK NI DAN TOLONG PUJUK! ’ :

Hahahahaha agak2 ada tak perempuan macam nih? Ada sih! Berterus terang sangat kot. Peduli apa? Lelaki ni kalau tak bagitahu yang kita nih tengah merajuk depa bukannya tau pun! Payahlah nak faham perempuan nih. Susahlah dengan perempuan nih. Itulah. Inilah. Kan? Jadi kalau aku, aku buat keputusan untuk bagitahu ajer. Senang! Ha kepada semua pakwe2, untunglah kalau dapat perempuan yang bagitahu terus nih. Senang nak ke langkah yang seterusnya iaitu memujuk. Kalau tak korunk pun payah kan? Mesti terfikir2 perempuan ni apa kena? Sawan? Meroyan? Ke tersampuk jin? Pastu korunk pun buat keputusan biarlah…lama2 bila sawan dia hilang dia okey laaa…haaa…itu yang tak nak tu. Rajuk yang pendek bertambah panjanglahh kalau macam tu weh!

p/s : Entry kali ni khas untuk lelaki2 di luar sana yang masih blurr dengan makwe sendiri. Biasanya aku memang bagi TIGA jer yang lain2 korunk carilah sendiri. Kata Albert Bandura pembelajaran daripada pengalaman itu lebih baik. Jadi p cari pengalaman! Dan belajar laaa daripada situ J

TIPS DAPATKAN PAKWE/MAKWE BARU LEPAS PUTUS CINTA

Dedahkan kepada semua orang yang ‘im single rite now’

Ha…senang ajer..kalau rasa malu nak bagthu guna mulut guna la FB. Letak jer status jiwang-jiwang. ‘setelah dia tiada’ tak pun ‘ kembali menjanda/kembali menduda’ tak pun kalau rasa malu nak update status korank tukar je daripada in relationship jadi single. Biar orang komen sikit2 then baru uollss masuk! Kehkehkeh ni la masanya nak bagitahu kepada dunia yang korunk dah single. Lepas tu tgoklah hasilnya, mesti ada yang mula PM tnya ‘ kenapa boleh jadi mcm tue?’ ‘ kalau u tak kisah u cerita la kat I, biar hilang sikit beban di dada u tu’ wahhhhhh!!! Lepas tu pandai2 lah korunk ayat erk. Tak kan tu pun aku nak bagtau kan? Kalau tak jalan jugak letak kat FB korunk letak jer kat jalan mana2 buat BANNER. Betul ke tak aku eja nih. Haishhh. Tulis – JAWATAN KOSONG – SUAMI- KELAYAKAN SPM PANGKAT SATU- apa2 la yang korunk nak tulis erk ikut suka hati jangan ikut suka kaki lak. Ney bukan desprte erk! Ney namanya usaha tangga kejayaan okey?

Jangan tunjukkan yang korunk tu KECEWA NAK MATI

Kenapa aku cakap jangan? Sebab kalau korunk tunjukkan yang korunk tu kecewa sangat. Sedih sangat ditinggalkan minah or mamat sengal tu ( ex korunk la erk ) mesti la dorang pk yang korunk ney tak nak bercinta lagi dan tak boleh nak terima lelaki lain. Bukan ke kat situ dah membantutkan perkembangan cinta baru korunk?? So tak mo2 nah…alah..tunjuk kecewa cikit2 dahlahhh lepas tu teruskan perbualan mengenai uuolllsss…tnya laaa dia pulak ‘ u pernah dikecewakan tak?’ ‘ u pernah bercinta?’ chewaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!! Aku kalau bab CINTA perghhhhhhhhhhhh ijazah kedoktoran kelas pertama plusssss100 muahahahahahhahahahahha.

Bila dah dapat number phone dia!

Hurm…lagi sonang kojo! Kol la! Mesej! Tak kan tu pun eden nak kono kabo kan aih..setiap pagi anta mesej kat dia ‘ Moninkkk ’ kalau dia tak balas pun tak pa. pagi besok anto lagi anto sampai 44 hari 44 malam. Kehkehkehkeh. Aku ney bagi tips untuk couple ke untk perempuan lepas pantang nih. Huhuhu ha! Bukan monink jo selamat malam pun antalah jugak erk…ney asyik moninik jerrr dia pon pening…mamat/minah ney asal pagi jer monink asal malam jer hilang. Haaa tak mau2 k? ingat pesan aku neh dia tak balas pun anto gak! Lepas 44 hari berenti! Jangan anta lagi malam ke siang ke jangan anta dah haaa kita tengokkk dia gelisah mimpi tak cari kita! Hihihihihi harus tak senang duduk cari orang yang monink hari2 tuh. Masa tu laaa kita boleh tanya ADAKAH INI CINTA? Hahahahhaha tapi yang aku bagitau jangan anta lepas 44 hari tu untuk orang yang tak balas mesej jer tau.. yang balas tu teruskanlah macam biasa. Ney tetiba hari ke 45 tak anta mesej ke 46 tak anta mesej memang jangan tanya kenapalah kalau pastu korunk kena cerai talak 30 kehkehekhe.

Aku tau mesti korunk tertanya-tanya kan? Kalau perempuan tak kan nak buat macam tu jugak kan?? Malu la! Perigi cari timba kot. Plz erkk sekarang dan tak ada perigi jadi mintak tukar korunknya peribahasa tu jadi pili cari timba k? ok fine…bagi yang perempuan aku bukannya soh korunk p tulis ‘ I love u sayang, tidur I tak kenyang kerana bermimpi kat u…boleh tak u jadi pkwe I yang ke 51?’ aku suruh tulis SELAMAT PAGI JER PUN…kalau dia tak nak kat korunk pun lepas tu kita leh cover lagi..apa lahh maknanya selamat pagi dengan selamat malam?? Kannnnn hahahhaha so mesti try.

TIPS MENGHADAPI EX-BOYPRENZ, TUNANG, SCANDAL DLL

TUNJUKKAN YANG KITA JUGA BAHAGIA TANPA DIA

Macam mana? Ha macam ni, kalau tetiba ex kita kol cakap kata nak kawen ke nak tunang ke dan jemput kita. Jangan tak p! p jer …buat muka selamba badak. Kalau muka dan ada mirip2 badak lagi senang tak payah buat dah memang kan! Keh2 yang lepas tu lepas. Cinta ke sayang ke tolak tepi dulu. Dia boleh bahagia dengan orang lain asal kita nak sedeh2 sampai keluar hingus nangis sal dia? Lagi dramatik kalau kita bawak seseorang disisi kita. Alahhhh kutiplahhhh mana2 kawan kita yang hensem2/cantik2 tuk jadi pelakon. Jadi kekasih untuk beberapa jam! Bagilah upah dua tiga hengget ke kan kat dye mesti dia maunya. Kalau tak der kawan g jer tangkap mana2 bangla wat jadi kekasih. Ok per? Hidung mancung bak seludang kot…dia ada?? Aku yakin siut dia yang telan air liur tengok kita mcm tu wehh…ingat apa? Ang p? aku nak gantung diri la? Nak kelar2 tanganlah? Silap! Aku lebih bahagia kot…

B PROFESIONAL

Wah…tak tahan kan? Tahan jer la weh! Hurm kalau tetiba masa kita tgh jenjalan kat tesco ke giant ke tetiba kita terserempak dia dengan makwe/pakwe baru dia. Wah…kemain lagi erk jalan berpimpin tangan bergelak ketawa macam dunia neh milik berdua la! Jangan duk gatai nak p lari2, sambil kesat2 air mata yang tak bapa nak hada tuh pastu ke washroom, ke rest room, ke room mate ke plz erk! Jangan nak wat adegan hindustan lak. B profesional! kalau leh p jer dekat dia sambil tersenyum, jalan tu biar ada gaya2 model sikit, kalau dulu jalan kengkang, kepit sikit mana yang perlu. Then tanya “ hai…buat apa kat sini? Sihat ke? Dengan makwe/pakwe baru erk…” sambil sengeh3 tau! Make sure nampak gigi yer…alah bukan nak tanya sangat pun…saja nak tunjuk kita ney seorang yang tenang dan profesional…walaupun baru putus tengahari tadi kan! Sedangkan kak umah kita dah ngamuk sakan. Muaahhahahahahahhahahha

BUAT KAWAN ORG LA KATA ‘BFF’

Aku tau part neh memang agak payah la kan…hurm tak pa2 semua perkara amek masa. Buat apa kita nak gaduh2? Nak saling maki memaki? Sdap gak buat lirik lagu neh “ saling memaki” hikhikhikhik. Kadang-kadang bila kita berkawan baru kita sedar yang kita ney lebih sesuai berkawan dengan dia daripada bercinta dan percaya cakap aku. Bila kita berkawan dengan ex kita, kita akan rasa lebih tenang tak der laaa kita nak bermusuh dengan semua orang kan? Yer lahhh kalau kata makwe or pakwe kita tuh ada di serata malaysia mcm mana? Banyak lak orang yang kita kena gaduhkan. So tak perlu. Jodoh pertemuan di tangan Allah…dah tak dak jodoh tak kan nak wat mcm mana? Tetiba jadi akademik lak aku nya tajuk neh. Huhuhuhuhu

Tuesday, February 28, 2012

AKU SINGLET! EH, AKU SINGLE HUHUHU

hurm semalam aku jumpa kawan aku. then orang duk sibuk2 kata kat dia cuba sembunyikan status dia daripada orang ramai. aku pun tiba terfikir yang aku ney cuba sembunyikan status aku ke?? sebab ramai yang masih tak tahu yang aku sebenarnya DAH PERNAH BERTUNANG dan sekarang ney AKU DAH PUTUS TUNANG. dapat? huhuhu aku bertunang masa bulan 5 2009 dan aku dah putus tunang bulan 7 2011. dapat? haaa...sekarang ney aku tak mau dikata sorok status ke apa erk . aku bukannya nak sorok tapi bertunang jer kan bukan kawen pun kalau kawen aku janji laaa aku bagtaw dunia nanti ...jangan risu tgu jer aku pnya PC aku nt erk...huhuhu tapi sekarang ney belum lagi IM STILL SINGLE hurmm memang aku ada mencuba tapi nampaknya...percubaan itu tak berjaya aku nak wat mcm mana kan? Kali ney sungguh aku rasa serik, aku rasa sedih, aku rasa mcm tak mau bercinta lagi...TERIMA KASIH KEPADA DIA YANG SUDI BUAT AKU RASA MCM TUE...

Wednesday, January 18, 2012

Tips lupakan seseorang~ versi su pelik

bila aku tingat dye~

1) aku cuba tingat balik muka koyak dye tu. cari mana cacat2 yang ada kat dye. mugkin hidung dye penyek ke. lubang hidung tak der ke. hehe. baru aku leh lega! yer laaa...aku pk kan..mana padan muka koyak dye tu dengan aku neh...tak layak digandingkan! apa lagi dengan aku yang cun melecun ney..isk! mana padan . chewahh!!!hahahahha so nak wat laki ker?

2) pastu aku cuba ingt balik masa2 menyampah aku dengan dye...contohnyaaa bila kuar tgok wayang asyik aku jer kena kuar dwit cm ner nak jadi laki aku neh?? then bila dye nak g jamban pun mintak duit kat aku " yunk ada 20 kupang abg nak g toilet!" haaaaaa ney saat2 yang tunjukkan..plz jgn kawen dgn lelaki ini! lelaki ini kedek! lagi kedek dari haji bakhil. so nak kawen ke laki cm ney?

3) aku cuba duduk tepi2 tingkap sambil layan jiwa raga aku. feel sikit2 sedey2 ngis2 pastu hempas dye punya gambar kat bawah pjak2 . then kata " tak guna punya jantan! tak guna !nyah kau dari hidup aku!" nges kuat2 sampai jiran sebelah datang tnya " knp jerit? knp? ada ular masuk rumah ke? pencuri? knp? muahahahahahahha

4) aku cuba crita kat kawn aku betapa aku menyampah dengan muka koyak dye dan mintak kawan aku tolong sokong aku dan kata muka dye mang koyak macam perangai dye! supaya aku tak laa rasa menyesal tinggalkan dye kih2

5) Aku cuba tanya kawan2 aku . mana2 lelaki yang tak der mkwe leh arr aku p jadi mkwe dye tok beberapa minit pun tak per!. atau p je cari jantan kat mana2 dengan kawan2 aku! banyak kot jantan tepi2 jalan. tapi boleh ker?? buat laki...

- versi merepek aku jer sekadar nak sedapkan aty~